Ahad, 30 Januari 2011

Pembinaan Bantuan Rumah ' Kerajaan Prihatin ' Negeri Selangor D.E.

Pembinaan bantuan rumah ' Kerajaan Prihatin ' Negeri Selangor D.E telah diluluskan kepada Encik Mohd. Sani b. Deman. Pembinaannya telah dimulakan pada akhir Disember 2010 lepas. Adalah  diharapan dengan bantuan rumah tersebut akan memberikan keselesaan tempat tinggal kepada En. Mohd. Sani bersama-sama anaknya dimana suatu ketika dulu mereka tinggal didalam rumah yang terlalu uzur.


rumah dalam pembinaan

Sabtu, 15 Januari 2011

PENYAMPAIAN BANTUAN BUKU TULIS KEPADA ANAK-ANAK FAKIR MISKIN


AHAD: 2hb. Januari, 2011 jam 9.00 pagi.


Satu majlis penyampaian bantuan buku tulis kepada anak-anak fakir miskin yang terpilih telah diadakan di Balai JKKK kg. Batu 10, Kebun Baru. Seramai 52 orang anak-anak fakir miskin terdiri daripada 36 keluarga telah menerima bantuan tersebut.

Sumbangan tersebut adalah daripada Kerajaan Negeri Selangor dan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Sijangkang Dr. Ahmad Yunus bin Hj. Hairi.

Dengan adanya sumbangan ini adalah diharapkan dapat meringankan sedikit beban kewangan yang dihadapi oleh keluarga tersebut berikutan dengan kenaikan harga petrol serta beberapa barang keperluan makanan.



Bapa kepada anak-anak fakir miskin yang menerima bantuan.


YB Dr Ahnad Yunus menyampaikan ucapan perasmian


seorang daripada anak fakir miskin sedang menerima bantuan



 Ibu  kepada anak-anak fakir miskin
                                                                                


Ketua Kampung Tn. Hj.Subbahi Hj.Mujer sedang menyampaikan ucapan.

Isnin, 27 Disember 2010

PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN TAHUN 2010 ( PEMBINAAN RUMAH EN. MOHD SANI B. DEMAN

SABTU: 25hb. Disember 2010.

Kerja-kerja meroboh rumah lama yang terlalu uzur kepunyaan En. Mohd Sani bin Deman telah dilaksanakan. Ini berikutan permohonan beliau untuk mendapatkan bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin Negeri Selangor D.E telah diluluskan.

Kerja-kerja membina dan menyiapkan sebuah rumah 2 bilik akan dimulakan mulai hari Isnin 27hb.Disember 2010 selama enam minggu.

Selaku Ketua Kampung saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor yang telah meluluskan bantuan rumah tersebut.

Rumah uzur yang dirobohkan

En.Mohd Sani bin Deman
Tapak yang akan dibina rumah baru

Khamis, 23 Disember 2010

Majlis sumbangan kepada anak-anak yatim kali ke 3 Kg. Batu 10 Kebun Baru

KHAMIS;  23hb.Disember 2010, Jam 9.00 malam, Masjid Nurul Iman Kg. Batu 10, Kebun Baru.

Satu majlis Bacaan Yassin dan tahlil serta sumbangan kepada anak-anak yatim Batu 10 Kebun Baru.telah dilaksanakan oleh Jawatan kuasa tabung anak-anak yatim Masjid Nurul Iman. Sebanyak RM9,600.00 telah diagih-agihkan kepada 34 orang anak yatim.

Menurut setiausaha tabung anak-anak yatim Tuan Hj. Bahari b. Suruthuman pihak tabung anak-anak yatim telah memperuntukan sebanyak RM6,800.00 serta RM2,800.00 lagi peruntukan daripada MAIS telah diagih-agihkan kepada anak-anak yatim berkenaan.

Pengerusi tabung anak-anak yatim Tuan Hj. Abas b. Hj. Kahat ketika ditemui berkata " Sumbangan yang diagihkan pada akhir tahun ini bertujuan untuk membantu anak-anak yatim berkenaan membuat persediaan
 perbelanjaan menghadap persekolahan tahun baru " katanya.

Majlis penyampaian bantuqn berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Kampung Tuan Hj. Subbahi b. Hj. Mujer.



Ketua Kampung sedang menyampaikan bantuan kepada anak yatim.



Salah seorang anak yatim menerima sumbangan daripada Ketua Kampung



AJK tabung anak yatim menikmati jamuan bersama anak yatim

Tuan Haji Abas-Pengerusi Tabung



Tuan Haji Bahari-Setiausaha

Isnin, 20 Disember 2010

Daurah Remaja Islam Siri ke 3, Masjid Nurul Iman Kg. Batu 10, Kbun Baru

JUMAAT 17 DISEMBAER 2010.

Satu program Kem Daurah Remaja Islam Siri Ke 3 Anjuran Biro Dakwah Masjid Nurul Iman serta JKKK Kg. Batu 10 Kebun Baru dengan kerjasama Arus Advanture telah diadakan bertempat di KEM EL-AZHAR MORIB bermula pada 17hb. Disember 2010 jam 3.00 petang sehingga 19hb. Disember 2010 jam 12.00 tengahari.

Peserta sasar ialah remaja berumur dari 11 tahun hingga 17 tahun seramai 45 orang . Walau bagaimana pun
pada asalnya penyertaan hanya dihadkan seramai 40 orang sahaja. Oleh kerana semasa pendaftaran awal sebelum program penyertaan yang diterima telah melebihi " target " iaitu 45 orang maka selepas masa penutupan penyertaan, maka permohonan yang lewat terpaksa ditolak oleh urusetia.

Objektif program ini dibuat adalah untuk:-

1. Melahirkan remaja yang bertanggungjawab sebagai seorang muslim muttaqi

2. Melahirkan remaja yang mempunyai jati diri

3. melahirkan remaja yang mempunyai hala tuju dalam kehidipan.

Dengan adanya progran seperti ini para remajadapat merebut peluang untuk menmbah ilmu serta pengalaman di dada untuk berhadapan dengan pelbagai ujian yang amat berat di dalam dunia globalisasi ini.

Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Ketua Kampung Batu 10, Kebun Baru.




Perasmian Penutup program oleh Ketua Kampung

Penyampaian cenderamata oleh penghulu peserta

Cenderamata kepada peserta perempuan terbaik

Cenderamata kepada peserta lelaki terbaik

Peserta lelaki bergambar ramai

Peserta perempuan bergambar ramai

Bergambar ramai bersama urusetia dan Ibubapa


Ahad, 19 Disember 2010

KONVENSYEN COMBI: DENGGI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2010

SABTU: 18 Disember 2010. Auditorium Hospital Sungai Buluh, Selangor D. E.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah mengadakan Konvensyen COMBI Denggi Buat Julong kalinya bertempat di Auditorium Hospital Sungai Buluh, Selangor D.E. Objektif konvensyen tersebut diadakan ialah:

  • Memberi kesedaran kepada ahli sukarelawan COMBI Denggi terhadap kepentingan pencegahan denggi.

  • Memberi motivasi kepada semua ahli sukarelawanCOMBI Denggi di lokasi terpilih supaya bergerak aktif dan berterusan sepanjang masa.

  • Berkongsi pengalaman dan mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli sukarelawan COMBI Denggi.

  • Memberi peluang ahli-ahli sukarelawan COMBI Denggi menyuarakan dan berbincang isu-isu yang dihadapi.
             
Sembilan Daerah telah mewakili daerah masini-masing dalam persembahan lisan iaitu Derah Sepang, Kuala Langat, Petaling Jaya, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, klang dan Hulu Langat.

Persembahan Poster pula diwakili oleh lapan Daerah kecuali Sepang yang tidak menghantar wakil.

Didalam pertandingan persembahan tersebut Kuala Langat diwakili oleh Pasukan COMBI Taman Canggang Jaya yang mewakili Persembahan Lisan serta meraiih Naib Johan manakala bahagian Poster pula Pasukan COMBI Kg. Batu 10, Kebun Baru yang telah dipilih mewakili Kuala Langat mendapat saguhati.





Jumaat, 17 Disember 2010

Penyampaian Bantuan " Blueprint " 3 Oleh YB Dr.Ahmad Yunus Hairi

JUMAAT 17hb. Disember 2010 Jam 11.00 pagi.

Satu program penyampaian bantuan " Blueprint "  kepada penerima yang layak telah dibuat oleh YB. Dr. Ahmad Yunus B. Hj.Hairi selaku ADUN Sijangkang bersama Ketua Kampung Batu 10 Kebun Baru.

Bantuan tersebut adalah pemberian Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan untuk membasmi kemiskinan.
Mereka yang menerima bantuan tersebut ialah Puan Hamidah bti. Jemagin serta Puan Suriya bti.Supardi
masing-masing menerima sebuah mesin Jahit dimana kedua-duanya mempunyai kemahiran dalam bidang
jahitan. Dengan bantuan tersebut adalah diharapkan agar mereka dapat menambah pendapatan untuk menyara keluarga.

Pn Hamidah menerima mesin jahit daripada
YB Dr.Ahmad Yunus Hairi


Pn Suriya menerima mesin jahit daripada
 YB Dr.Ahmad Yunus Hairi