Rabu, 15 Disember 2010

Melawat rakan serta bekas pemimpin yang uzur di Hospital

Saat pahit manis ketika menerajui pimpinan Belia 4B Batu 10 Kebun Baru sekitar tahun 80an dahulu masih segar dihati dan sanubari sampai ketika ini. Waktu itu encik Ahmad bin Selamad memegang jawatan Setiausaha Kampung merangkap AJK Belia 4B semasa saya memimpinnya.

Walaupun kini kami tidak bernaung dibawah satu parti siasah yang sama namun sikap hormat menghormati tetap menjadi pegangan saya. Pengalaman selama kurang lebih enam tahun memimpin belia setempat waktu itu disekitar akhir tahun 70an serta awal 80an saya jadikan Kayu Pengukur untuk menjadi seorang Pemimpin kampung yang tidak memilih bulu dalam apa juga tindakan yang diambil demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya dikampung ini.

Lantaran itu selaku Ketua Kampung ketika ini adalah menjadi tanggung jawab sebagai pemimpin memperuntukan sedikit masa untuk bersama orang dibawah pimpinannya tatkala ditimpa musibah.


Semasa melawat En. Ahmad Selamad di hospital.
"Semoga cepat sembuh"

Selasa, 14 Disember 2010

Penyampaian bantuan kepada keluarga Mualaf dalam kesusahan

RABU 15hb. Disember 2010 jam 9.00 pagi.

Pengerusi JKKK yang juga selaku Ketua Kampung Batu 10, Kebun Baru bersama seorang pembantu
telah melawat kerumah sebuah keluarga yang didalam kesusahan di Taman Pahlawan untuk menyampaikan
bantuan barang makanan berserta wang daripada tabung kebajikan JKKK yang telah diwujudkan bagi
membantu penduduk yang ditimpa musibah agar sedikit sebanyak dapat meringankan kesulitan yang dihadapi oleh mereka.

Masalah yang dihadapi oleh keluarga tersebut telah dirujuk kepada wakil Rakyat YB. Dr. Ahmad Yunus B. Hj. Hairi untuk tindakan selanjutnya

Keluarga berkenaan ialah En. Muhammad Johan B. Abdullah serta Puan Nurul Haslaini bti. Md. Jilani..

Pn.Nurul Haslaini menerima bantuan

PROGRAM PENYAMPAIAN BANTUAN BLUEPRINT 2

SELASA 14HB. DISEMBER 2010. 
 
PROGRAM PENYAMPAIAN BANTUAN  " BLUEPRINT 2 " PEMBASMI KEMISKINAN NEGERI
SELANGOR DARUL EHSAN KEPADA PENERIMA YANG LAYAK TERDIRI DARIPADA:

                  1 ORANG IBU TUNGGAL
                  1 ORANG KELUARGA MISKIN

PENERIMA BANTUAN TERSEBUT IALAH;

                  1. PUAN TUMERIAH BT SULAIMAN (IBU TUNGGAL )
                  2. PUAN NAKIAH BT MANAN

ADALAH DIHARAPKAN DENGAN BANTUAN INI MEREKA AKAN MENDAPAT
PENDAPATAN YANG LEBIH SERTA MERINGANKAN BEBANAN KEWANGAN
KELUARGA YANG MEREKA TANGGUNG BERIKUTAN KENAIKAN PETROL SERTA HARGA BARANG.

Pn Nakiah Bt Manan


Pn Tumeriah Bt Sulaiman


Isnin, 13 Disember 2010

PROGRAM PENYAMPAIAN BANTUAN BLUEPRINT

ISNIN 13HB. DISEMBER 2010 JAM 3.00 PETANG. 
 
PROGRAM PENYAMPAIAN BANTUAN  " BLUEPRINT " PEMBASMI KEMISKINAN NEGERI
SELANGOR DARUL EHSAN KEPADA PENERIMA YANG LAYAK TERDIRI DARIPADA:

                  1 ORANG IBU TUNGGAL
                  1 ORANG KURANG UPAYA ( OKU )
                  2 PENERIMA YANG LAYAK

PENERIMA BANTUAN TERSEBUT IALAH;

                  1. PUAN ZURAIDAH BTI. ALANG SAMSUDIN.( IBU TUNGGAL )
                  2. ENCIK SALEHAN B. HJ. YASIN
                  3. PUAN MARDIANA BTI. ZAINUDDIN
                  4. PUAN KALSOM BTI. TAIB

ADALAH DIHARAPKAN DENGAN BANTUAN INI MEREKA AKAN MENDAPAT
PENDAPATAN YANG LEBIH SERTA MERINGANKAN BEBANAN KEWANGAN
KELUARGA YANG MEREKA TANGGUNG.
Pn.Zuraidah Bt Alang Samsudin


En. Salehan b. Hj. Yasin


Pn Mardiana Bt Zainudin


En. Khairmuzaki suami Pn.Kalsom bt. Taib