Walaupun kini kami tidak bernaung dibawah satu parti siasah yang sama namun sikap hormat menghormati tetap menjadi pegangan saya. Pengalaman selama kurang lebih enam tahun memimpin belia setempat waktu itu disekitar akhir tahun 70an serta awal 80an saya jadikan Kayu Pengukur untuk menjadi seorang Pemimpin kampung yang tidak memilih bulu dalam apa juga tindakan yang diambil demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya dikampung ini.
Lantaran itu selaku Ketua Kampung ketika ini adalah menjadi tanggung jawab sebagai pemimpin memperuntukan sedikit masa untuk bersama orang dibawah pimpinannya tatkala ditimpa musibah.
Semasa melawat En. Ahmad Selamad di hospital.
"Semoga cepat sembuh"
semoga cepat sembuh..aminn..
BalasPadam